Selamat Datang Ke Blog Aku (mancis) : http://ApaMauDikata.Blogspot.Com - Cerita akan kehidupan yang telah dilalui dengan segala rasa yang ada, tidak kira dimana bagaimana ia bermula dan bagaimana di pengakhirannya.

...Mutiara Kata...
Biar siapa pun diri kita, kita adalah diri kita dan kita tidak akan menjadi seseorang yang lain kerana kita adalah yang teristimewa.

Tuesday, August 7, 2007

Kerana Apa ?

apabila ada rasa, maka hati akan berkata-kata

Sebelum ni aku rasa hidup aku akan bertemu dengan keindahan ketenangan dan kedamaian, tetapi semenjak ini aku tidak memperolehi apa-apa pun yang aku impikan, walaupun aku mencuba namun aku sentiasa dan sentiasa menerima kejutan yang amat menyakitkan, kerana apa ? kerana aku tidak mempunyai segala yang orang ada ? kerana apa ? kerana aku insan biasa... kerana apa? kerana aku hanyalah seorang insan yang teramat hina...

Kenapa tetiba sahaja aku jadi begini? aku sendiri tidak tahu, bermakna aku sedang melalui satu keadaan yang amat sukar aku gambarkan...kerana apa ? kerana kebencian orang terhadap aku mula menyala...Ada kemungkinan jiwa aku ini berasa begitu tertekan kerana aku sekarang berhadapan dengan situasi yang amat meruncingkan mengenai kehidupan aku sendiri. Jika dulu aku cuba lari dari masalah aku menjadikan diri hanyut bersama dengan budak-budak nakal yang lain...Kerana Apa ? kerana aku kurang diambil berat dan sering disalahkan.

Setelah aku berdepan dengan kehilangan kini aku berdepan pulak dengan penerimaan.. Dalam hari aku sering menangis dan tangisannya tak dapat didengari oleh sesiapa pun, yang amat aku kesali adalah pengharapan yang diberikan. Harapan yang terlalu tinggi, sedangakan aku sekarang umpama perigi buta.

Aku teruskan perjalanan dengan kehidupan hanya pada dasar belas kasihan. Aku punya rasa, dan apabila ada rasa, aku akan dapat merasa,merasakan sesuatu...sesuatu yang telah berubah.
Hanya kerana sikap! kerana apa? kerana ketidakpuasan dalam diri. Jadi aku tampir disini kerana tiada tempat lagi ingin aku luahkan, sakit dan peritnya membakar diri.

Kerana Apa? kerana aku tidak berusaha...berusaha demi sebuah perubahan..aku tidak bertindak demikian kerana apa? kerana aku berasa terkongkong dan dihimpit dengan jutaan masalah padahal masalah cuma satu iaitu kisah hati dan perasaan. Aku nak tahu kenapa dengan aku? Kenapa aku terus dihentam dan dicaci dan hina sehingga aku sering dipersalahkan? Aku yang parah kini terlantar dalam jiwa yang terluka.

Aku sedar...aku cukup sedar dan aku cukup mengerti akan sebuah pengorbanan..tapi mestikah setiap pengorbanan itu perlu dibalikan semula ? Adakah perlu menjadikan diri kita seseorang yg terlalu egois? terlalu hipokrit ? Aku rasa tidak perlu..Kerana Apa ? kerana kita sama saja.

Aku melangkah lagi...namun langkah aku terlalu perlahan, langkah demi langkah aku aturkan namun tidak sepantas dulu, Kerana Apa ? kerana aku tidak dapat memahami adakah pemberian dan pertolongan orang cukup ikhlas? aku tahu, siapa aku untuk menilai sebuah erti keikhlasan yang diberikan, namun aku masih punya rasa.. sampai bila aku harus tersekat dan terperangkap dalam diri..Kerana Apa? kerana perasaan serba salah dlm diri aku sendiri...
kenapa aku patut berasa demikian kerana aku kosong! (tiada keinginan/kemahuan) pendek kata aku tiada matlamat hidup.

Aku melangkah lagi, walaupun usang langkahku, aku teruskan perjalanan, sampai detik aku dibelengu umpama dalam dilema. Aku tidak meluahkan pada sesiapa dan aku tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit, memang aku tidak suka pada sesorang yg terlalu hipokrit, jika aku silap meluahkan sesuatu maka pasti aku yang dipersalahnkan. Aku tidak mahu hidup macam ni, dan aku tidak mahu begini, tetapi kenapa aku jadi macam ni ? Kerana Apa? kerana ini melibatkan perasaan aku dan perasaan orang lain.

Aku disini bagaikan hilang punca dan arah, dan aku disini hanya membiarkan saja perasaan diperlekehkan, aku disini umpama menanti sebuah cemuhan..Aku berfikir lagi akan jawapan pada persoalan ini. Aku sedang mencari jalan keluar dari kepompong kedaifan akal fikiran. Yang pastinya jawapan itu ada, tapi bagaimana ia harus dimulakan.

Ketika ini aku begitu bodoh sekali kerana membiarkan perasaan orang lain menghampiri aku. Sedang aku masih kosong x punya apa-apa keinginan, Walhal sudah tahu aku masih mencuba dan terus mencuba, tapi rasa tidak sabar menguasai dirinya apa aku boleh buat? Kerana Apa ? kerana aku tidak mengharapkan apa-apa.

Memang ada sesuatu nak diperkatakan tapi tidak mampu diluahkan. Aku di Kuala Lumpur tidak punyai sesiapa selagi..Kecuali teman/sahabat/kawan. Sekarang Aku ingin keluar dari kehidupan aku yang umpama dihimpit dengan penderaan jiwa. Aku cukup sedar aku cukup tahu tapi aku tidak dapat melakukan. Aku hanyalah hidup menumpang menyambung nyawa.

Setakat ini perubahannya amat ketara. perubahan pada aku sedikit pun tidak berubah kerana apa ? kerana aku masih lagi mencuba dan mencuba menerima seseorang dalam hidup aku. Aku memang tidak mahu menghampakannya, tetapi siapakah aku ? cukup sudah dulu aku merasa kehilangan. aku seperti serik,takut,dan bimbang. walaubagai manepun aku tetap mencuba. aku tidak menganggap yang dia terhegeh-hegeh, dan tidak pula aku menganggap diri aku terlalu penting dan istimewa, tapi ini soal hati dan perasaan yang dipertaruhkan. Kemungkinan orang disekeliling aku tidak dapat memahami apa yang aku rasa.

Aku melangkah lagi, Jika aku dipulaukan ..aku.. aku patut menerimanya, Kerana Apa? kerana itu yang sepatutnya, kerana apa ? kerana aku hadir dalam dunia ini tanpa disuruh dan dipaksa.
Aku sebenarnya masih terlalu mentah berdepan dengan orang-orang seperti aku kerana aku seperti baru sahaja mengenali hakikat kehidupan orang seperti ni, dan tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu perubahan bahawa aku sekarang berdepan dengan orang yang ramai seperti naluri aku ni. Jika dulu aku tidak tahu sesiapa dan tidak pula berani berdepan dengan kenyataan, Kini aku seperti TERSENTAP.

Aku merenung, beginilah sebenar dan hakikat dunia yang aku berada sekarang. Jauh disudut hati aku ingin meneruskan kehidupan tanpa ada rasa benci dan menyampah orang lain terhadap aku. Apabila aku kecewa, aku hanya sendiri yang terluka...

PASTI - Dari MEGA

Semenjak aku kehilanganmu
Sekitar maya ku berubah
Tiada lagi halusnya kidungmu
Yang ketika dulu
KAu lakukan untukku
Sepi mencengkam
Resah berpanjangan
Wajahmu bermain di ingatan
Yang tinggal kini
Airmata cinta telah membanjiri kolam hatiku

Pasti kau di saat ini
Berselindung di balik wajahnya
Aku tak lagi kau kisahkan
Terlontar jauh dari hatimu
Bagaikan mawar terkulai sepi
Tak lagi bererti

Merenung kenangan di masa silam
Aku terkenangkan janjimu
Tiada lagi kesempatan untukku
Memilikimu seperti dulu


Hanya kerana itu jiwa aku bergelora dicengkam dengan pencarian yang x mungkin aku temui, tetapi hanya sepertinya hanya persis tetapi bukan sama dan aku tahu walaupun tidak serupa
itulah yang aku kena korbankan. Aku terlalu bosan dengan apa yang berlaku sekarang, aku terlalu sakit dengan apa yang aku rasakan. Aku terlalu menghukum diri dengan apa yang aku lalui...

Sudirman - Terasing

Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi asing
Perit membakar diri

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi mimpi berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu

Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali

Pemergianmu mengisi permintaan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka.

Semua ini bagaikan satu mimpi..padahal ini adalah realiti ? Kerana apa ? kerana aku tetap merasakan kewujudan insan yang pernah aku sayangi dan sampai sekarang aku menyayanginya. Adakah ini terlalu bodoh buat aku ? Aku tak tahu kerana aku begitu tertekan..Harus sampai bila? Aku dah lelah dengan semua ni, aku penat sangat, penat sangat-sangat. Dalam hati aku merintih sorang-sorang.

Aku tetap tahu bahawa perjalanan aku tidak sepatutnya berhenti disini..Aku sering dinasihatkan bahawa perjalanan aku masih panjang dan jauh..mulai dari sekarang. Ya aku sentiasa memujuk hati aku supaya tinggalkan segala yang sudah menjadi kenangan. Sekarang ni perkara itu sebenarnya mempengaruhi keinginan aku.. dan sekarang ini aku menganggur tetapi seperti tiada peluang/adakah kerana aku sendiri tidak berminat? kenapa macam ni? kenapa tiada peluang langsung untuk aku ?? Aku cuba bertenang sekarang, aku patut merancangkan sesuatu kalau tidak aku yag sendiri yang merana kerana apa ? kerana orang lain tidak akan dapat merasa apa yang kita rasa..walaupun ada tetapi tidak akan sama.

Maafkan aku kerana setuasi sekarang inilah yang aku gambarkan, kerana aku sendiri pun seperti tidak faham yang harus diketahui aku manusia yang tidak akan putus-putus mencuba
memberikan satu perubahan, Jika aku gagal maka aku akan tinggalkan semua ini. Dan jika ada yang kecewa maka hukumlah aku....Aku terlalu daif dalam memikirkan hati dan perasaan orang yang ingin mengenali aku..

Dan

Jika dirimu mampu bertahan, teruskan, aku tidak mempermainkan perasaan sesiapa Aku hanya begini..aku juga mencuba..aku akan teruskan sampai sampai kesuatu tahap jawapan itu akan muncul sendiri. Jika dirimu menganggap aku terlalu egois maka keputusan ada ditangan mu. Aku seorang yang akan berlalu pergi dalam hidup seseorang jika aku tidak diperlukan lagi. Kerana Apa ? Kerana aku dianggap seperti sampah oleh orang lain.. Apa yang berlalu terlalu cepat! aku sendiri keliru !

Layang-layang Terputus Talinya

Berarak mendung kelabu
Mengekori langkahku
Sepanjang kehidupan
Penuh dugaan
Namun aku tetap aku

Kucuba dan terus mencuba
Mencapai suria
Walau membakar jiwa
Walau aku dihina
Namun aku tetap aku

Derita oh derita
Engkau di mana-mana
Walaupun jauh aku berlari
Mahupun berdiam diri
Namun indah mimpi dari realiti
Hidupku tanpa arah
Bagaikan layang-layang
Terputus talinya

Tapi pasti suatu hari nanti
Sinar suriakan menjelma

Aku tidak lagi mampu berkata-kata...
Janganlah ada yang salah anggap kerana aku ada sebabnya sebabnya sendiri. Dan aku meluahkan ini adalah kerana ingin merasa lebih tenang sedikit dan ianya tidak terpendam terlalu lama....maka ianya adalah luahan hati aku...keluhan rasa dan segalanya..namun hanyalah separuh sahaja. Maafkkan aku kerana keluahan rasa ini..kerana cuma menyatakan sahaja... janganlah menyalah tafsirkan tentang aku.

No comments: