Selamat Datang Ke Blog Aku (mancis) : http://ApaMauDikata.Blogspot.Com - Cerita akan kehidupan yang telah dilalui dengan segala rasa yang ada, tidak kira dimana bagaimana ia bermula dan bagaimana di pengakhirannya.

...Mutiara Kata...
Biar siapa pun diri kita, kita adalah diri kita dan kita tidak akan menjadi seseorang yang lain kerana kita adalah yang teristimewa.

Saturday, July 28, 2007

Pengenalan

Assalamualaikum...

Hai..Apa khabar ??? Ini merupakan Entry aku yang pertama sekali untuk blog aku, sempena pembukaan blog ini aku nak ucapkan ribuan terima kasih buat mereka yang mana sudi menjenguk tingkap blog aku ni...OK.

Ok,Isu yang akan aku ketengahkan nanti cuma mengenai kehidupan je lah, tak kira apa-apa sekalipun yang penting segalanya dapat aku luahkan dekat sini. Mengenai perancangannya pula, hanyalah untuk meramaikan kenalan-kenalan blogger yang lain.

Lantaran itu aku hadir kedunia blogging ni sekadar untuk memeriahkan dunia IT ni, dan juga aku ingin berkongsi apa sahaja segala ilmu yang ada bersama-sama. Tidak kira apa jua, ianya akan aku ketengahkan jika ianya perlu.

Siapa Aku ???

Aku adalah seorang anak perantau dari pantai timor ke Kota Ini (KL). Berjantina Lelaki, Ingat ok.. lelaki, bukan wanita ataupun pompuan atau seangkatan dengannya lah.

Aku juga gemar berchatting, jika dulu aku memang sering kali berada dan melentokkan diri di IRC. sekarang ini jugak kembali gigih, tapi mungkin hanya sementara sahaja... Kemana?
Aku tidak kemana-mana, cuma aku ingin mencari kehidupan aku sendiri...

Kepada yang sudi berkongsi pendapat dengan Ejai, boleh kemukkan.. Ejai mengharapakan komen-komen membina dari anda semua.

No comments: