Selamat Datang Ke Blog Aku (mancis) : http://ApaMauDikata.Blogspot.Com - Cerita akan kehidupan yang telah dilalui dengan segala rasa yang ada, tidak kira dimana bagaimana ia bermula dan bagaimana di pengakhirannya.

...Mutiara Kata...
Biar siapa pun diri kita, kita adalah diri kita dan kita tidak akan menjadi seseorang yang lain kerana kita adalah yang teristimewa.

Monday, July 30, 2007

[2]

Terus Jua

A
dei...susah tul nak cari kije, tanya nak apply kerja ada ke x de.. satu satu masuk kedai ape2 je ah...tanye ada kerja kosong ke x..semuanya sedey, tak ada kerja kosong untuk aku, sedih memang lah sedih. Tapi aku cari kerja x berseorangan..beruntung ada kawan temankan aku...Bertuah aku dapat kawan macam maksutimah ni, susah payah hidup aku slama ni pun dia selalu bantu aku, tapi aku tidak akan sesekali mengambil kesempatan di atas segala jasa dan pengorbanan dia terhadap aku...

Walaupun hari ini agak hampa...aku masih bersyukur sebab ada mereka...kan...tanpa mereka sapelah aku, anyway..perjalanan hidup aku skrg berada dilandasan yg penuh dengan duri-duri yang mampu mencacatkan semangat aku..tapi aku stay fun sebabnya aku ingin menyembunyikan hakikat sebenar...walau bagaimane pun...aku tetap berasa gembira kerana ada kawan disekeliling aku...aku harap mereka tidak akan pernah jemu bersahabat dgn aku...

Ok..Pasal aku cari kerja hari ni....aku ni hanya ada kelulusan SPM je..tu pun terpaksa apply baru sijil aku tu kat Kementerian..sebabnya sijil asal aku hilang...alamak ! tu pun keputusan x bagus sgt pun....hancur je... rasa nak nagis pun ade..tapi cukup ah dulu aku dah nangis tgk keputusan aku..adehhhhhhhh apetah lagik mak bapak aku ....harapan mereka seperti berkecai.... Masa dan ambik sijil tu balik...kawan2 selalu bagi support mental kat aku... terutamanya maksutimah...aku menaip ni semua bukan ape..aku rasa hidup mereka penuh dengan sikap kasih sayang....akuu jumpa seorang shabat seperti meraka ini..bukan untuk aku meninggi-ninggikan meraka tetapi ini sebuah hakikat yang aku sendiri lalui...

aku berasa seronok tiap kali keluar dengan diorang melepak dengan kekawan yang juga baru aku kenali duk sesama berborak sambil meminum kat kedai....rasa kesunyian tu terubat.... kawan aku ni x kira peringkat umur aku berkawan dengan semua org x kira tua dan muda...


Melepak sambil gegosip....PSssSsstttttt!

So..segala rasa pening bingung hilang lah sekejab....lepas tu.. dah bersurai adeh....mcm kena serang sakit otak....apetaknya..sekarang ni aku kurang sehat lakk.....sampai sekarang ni perut aku asyik sakit je..dah 3 minggu dah ni.... aku sendiri pun x tau kenapa... adehh... tapi x ape.. aku stay biasakan jugak......sekarang ni aku tgh pening pasal kerja....bila aku dah ada kerja at least aku adalah pekuang nak sambung belajar lagi... aku teringn gt nak sambung belajar sebab aku rasa rugi sgt..terlalu byk masa aku telah bazirkan dengan begitu sahaja....


Seronok kalau dpt belajar lagi

Ye la kann..kadang2 aku ank jugak berjaya macam kekawan sekolah aku dulu..ada dikalangan mereka dah boleh hidup senang...aku nak meyesal masa ni pun x guna jugak...kalau aku sendiri yg dah mmg pilih jalan ni..tapi sekarang rasa macam kesal tu tetap ade..ni yang aku rasa sedih .. tapi aku nak cuba lakukan sesuatu....

Ok..mase cari kije tadi...tempat terakhir aku pi apply korang tau x ....?? Tempat DOBI ..
akak yang jaga situ siap tanye..boleh ke buat kerja camni ion ion baju cam kerja ni semua-katernya.."biasanya org kita tak nak kerja mcm ni" tambah dia lagi "akak sebenarnya nak cari pompuan kerja sini,tapi kalau adik nak akak cubalah tanye suami akak nanti" - kata akak tu... aku jawab je lah x kisahlah kak janji ada kerja... apa-apa kerja pun saya buat ah dari saya duk saja tanpa buat apa-apa ni....akak tu jawab lagi "akak ni camni lah dik...kalau pasal gaji akak x leh bagi banyak..dalam rm450 gitula..yelah adik tgk lah tempat nih lagi pun akak ada anak lagi nak bayar kat pengasuh tu..." aku stay jawab "tak mengapalah kak soal gaji saya memang x ambik kisah buat masa ni..yang penting saya ada kerja-kata aku...


pompuan leh buat..lelaki pun leh buat.

yelah akak cari pompuan..adik ni laki...nak ke kerja camni?" akak tu tanye aku...- x kisahkan...aku jawab balik..."ok dik..kalau macam tu adik bagi no hp adik..nanti akak call adik lah" - aku bagi lah no hp aku kat dia..dapat x dapat tu belakang kirelah.. lepas tu aku ngan maksutimah pi lepak kedai meminum.... pekena air sejukan badan yg tengah hot katenyerr...


pekena air dulu

Beborak ngan maksutimah sambil meminum itu...blah laa pastu...balik......kire apa yang aku lalui hari ni tetap menajdi kenangan.. aku harap esok lusa mencorakan kehidupan yang lain dan lebih bermakna,,,aku x akan putus asa...susah payah aku cuba jugak...walaupun aku masih ada mak bapak..tapi aku x nak susahkan mereka...biarlah aku cuba berdikari hidup sendiri.....

-End-



Saturday, July 28, 2007

[1]

Bila Hati Sudah Goyah, Kepercayaan Mula Hilang.

Aiyo,,aku bingung melihat org gegaduh sebenarnya,pening pun ada, apa taknya
gegaduh bagai nak rak, perang milotzz, kalau kat irc kira perang typing ler.
Aku ada kawan ni hahh, kawan kat irc...dalam chat room itu aku just tengok aje.
Bukan tak berani sampuk, tapi tetengok dulu,,,adeh tau x .. pepagi diorang gaduh
hari ni pasal jantan yang tu sukakan kat kawan aku. kawan aku ni dah ada cuople,
Si jantan ni mengaku str8 katenyerr..Str8 ke ?? aku x ambik port dia str8 ke ala-ala
lembut ke yang aku tahu dia dah gugatkan rumahtangga org..seorang kawan yang
aku kenal, dia ni aku kenal dalam ni je(IRC) tapi dah mula tunjuk taring.

Dengan gigihnya aku mengadap pc tanpa membasuh muka dengan segala macam je terus
tengok skrin irc tu..wah rancak sekali donk...Si jantan itu di carut habis
habisan dek kawan aku tu...

Ape tidaknya, dah tahu kepunyaan org pi usik watpe..dan pulak ada-adakan cerita
yang sememangnya x patut ada, of course lah tak patut ada, dia siapa nak mencaras?
But the way, kata kawan aku ni, Orang itu x layak jadi kawan we olss..so?
apa nak buat lagi ? apa mau di kata dah dia yang buat hal, sampai dia sanggup rosakkan
hubungan org. entahlah bagi aku mmg tak patut...perangai str8 ke macam tu,,
semua org dia nak..kalau yang dia taste bukan main kejar..seseorang yg suka kat dia ...
dinch layan...dia buat macam sampah...manusia ke? haiwan lagi mulia dari dia aku rasa..

Opsss! aku lak yg terEMO...hehehe sowey sowey... just want to say....jangan
perbodohkan orang lain...jangan suka propah terlampau kelak merana diri..
Tu je aku nak pesan kat korang yang merasa makan cili....

Setulusnya aku berkata-kata demikian adalah berdasarkan sikap pedulik!
pedulik ???? pedulik tetantang nilai persahabatan..pepandailah fikir sendiri..
Ko jantan kan...we olss baru je kenal ko...tapi ko belum kenal we olzz lagik....
biarpun weolz bukan spt superman or oltromen,, men men men segala hero...
weolzz tetap ada hati dan perasaan utk meluahkan budi bicara..

Harap ko boleh fikir sendiri dengan cara org yang sudah dewasa...

Pesanan Penanja:
Mencaras Membawa Derita,Jangan Nak Ngada-Ngada.


Pengenalan

Assalamualaikum...

Hai..Apa khabar ??? Ini merupakan Entry aku yang pertama sekali untuk blog aku, sempena pembukaan blog ini aku nak ucapkan ribuan terima kasih buat mereka yang mana sudi menjenguk tingkap blog aku ni...OK.

Ok,Isu yang akan aku ketengahkan nanti cuma mengenai kehidupan je lah, tak kira apa-apa sekalipun yang penting segalanya dapat aku luahkan dekat sini. Mengenai perancangannya pula, hanyalah untuk meramaikan kenalan-kenalan blogger yang lain.

Lantaran itu aku hadir kedunia blogging ni sekadar untuk memeriahkan dunia IT ni, dan juga aku ingin berkongsi apa sahaja segala ilmu yang ada bersama-sama. Tidak kira apa jua, ianya akan aku ketengahkan jika ianya perlu.

Siapa Aku ???

Aku adalah seorang anak perantau dari pantai timor ke Kota Ini (KL). Berjantina Lelaki, Ingat ok.. lelaki, bukan wanita ataupun pompuan atau seangkatan dengannya lah.

Aku juga gemar berchatting, jika dulu aku memang sering kali berada dan melentokkan diri di IRC. sekarang ini jugak kembali gigih, tapi mungkin hanya sementara sahaja... Kemana?
Aku tidak kemana-mana, cuma aku ingin mencari kehidupan aku sendiri...

Kepada yang sudi berkongsi pendapat dengan Ejai, boleh kemukkan.. Ejai mengharapakan komen-komen membina dari anda semua.